Thursday, June 30, 2005

Game Kegemaranku...


Ni ler game yg along selalu main online bila ada masa free.....nak JOIN...klik ler...

http://www.darkthrone.com/recruit.dt?uid=V30311Q30294E30226L30260I30362T30243

Teringat masa raya lak....


Salam Semua...

Ni pic masa raye puasa pada 2003 iaitu kali pertama along,mama dan adik2 merayakannya tanpa abah...

mmg suasana masa tu berbeza sangat...jk tahun2 sebelum ni....mlm raya tu abah antara org paling sibuk kat dapur umah atuk....

Teringat plak setahun sebelumnya.....masa tu malam raya puasa 2002, abah cakap nak bakar sate sampai 500 cucuk..sememangnya sate merupakan menu tetap bg kami tiap2 tahun merayakan hari raya....

"along, petang nanti tolong pergi beli arang,beli 4 plastik tau...abah nak bakar sate banyak2...biar semua dapat makan puas2...." bergitu bersemangat abah nampaknya kali ni....

Mama dan nenek yg masa tu sedang mengayam ketupat menjeling sambil tersenyum...sbb mama tau, abah jk dah bersemangat tu...mmg sampai subuh dia sanggup bakar sate...

"angah mana.? suruh dia tolong abah hidupkan api, pastu letakkan arang jgn lebih2..nanti besar pula apinya.." arah abah layaknya sebagai seorang ketua keluarga...

Memang tahun tu kami bertuah sebab semua saudara-mara dekat atau jauh pulang berkumpul dirumah atuk....dan kami tak sangka itulah kali terakhir kami merayakannya bersama abah...

Semua tu tggl kenangan saja...

Dah raya yg seterusnya...kami terpaksa biasakan diri...along kena bakar sendiri sate, along kena hidupkan api..dan along tetap bersemangat membuatnya walau dalam hati sebak...kerana nostalgia membakar sate amat mendalam kesannya...pada kami sekeluarga...



Maafkan Along Abah...(part3)




Hari Bapa menjelang lagi……dan Oktober nanti, genaplah tiga tahun pemergian abah..Al- Fatihah…..Abah, tiap kali menjelang hari Bapa along tak pernah lupa utk mengucapkan ‘ Selamat hari Ayah…..’Jk abah masih ada, tentu skrg along dapat belikan abah baju baru….songgkok baru…Masih along ingat, masa tu umur along baru 14 tahun…hari tu along tak sabar tunggu abah balik dari kerja…bila nampak je abah, along terus dapatkan abah dan tanpa segan minta duit dari abah…..walau abah penat setelah seharian menjaja sayur di tengah panas, abah tetap senyum dan tanpa banyak soal terus berikan along not bewarna merah, petang itu juga along ke pasar belikan abah sepasang selipar sebagai hadiah untuk hari bapa…Dan along gembira tgk abah tersenyum bila merima hadiah dari along….walau itu duit ayah..tiap tiap hari abah pakai selipar itu buat pergi masjid bersama along.Tahun – tahun seterusnya…along malu nak minta duit dari abah utk beli hadiah, jd along simpan duit poket sekolah utk belikan abah hadiah…dan along belikan baju untuk abah....abah kena pakai baju ni buat pergi keje....Bila along naik sekolah menengah, along mendesak abah belikan basikal, masih along ingat, abah terpaksa berhutang utk belikan along sebuah basikal….dari abahlah along belajar membawa basikal…3- 4 kali along terjatuh dari basikal…tapi abah terus berikan along semangat…beberapa hari kemudian, along pandai bawa basikal…dan along sedih sgt skrg sbb basikal itu telah di curi orang dua tahun kemudian.Bertapa besar pengorbanan abah pada kami…Along juga tak rapat sangat dengan abah….apa2 hal, along rujuk pada mama dulu…Apa yang paling along sanjung ialah Abah seorang yg amat penyabar dan tabah…Segala kerenah anak2 abah turuti walau abah terpaksa berlapar…dan banyak kali along perhatikan dulu, jika kami adik beradik ada yg tak habis makan, abah lah yg tolong habiskan sisa makanan kami…kata abah tak baik membazir rezeki…sedangkan along tgk abah tak makan sangat sewaktu bersama kami....sbb abah pastikan kami adik beradik dapat cukup nasi, barulah abah ambil baki nasi yg tinggal....Mama asyik tegur abah yg tak mahu beli baju baru, kata abah lebih senang dgn baju2 yg sedia ada… tapi along tau abah lebih utamakan makan pakai kami…abah rela memakai baju2 yg lusuh asalkan kami sentaisa dapat baju baru…Dulu abah ada ternak seekor lembu, itupun pemberian atuk..katanya sekadar utk suka2…sbb kami tau abah ni suka menternak haiwan….dan akhirnya abah terpaksa menjual lembu kesayangan abah hanya kerana nak belikan kami baju raya dan baju sekolah…..Along tau, keluarga kita bukan org senang….tapi jiwa remaja along mengatasi segalanya…bila mana melihat kawan2 bergaya ke sekolah…along juga nak baju sekolah baru setiap tahun…paling kurang 3 pasang setiap satu….maknanya baju,seluar kasut semua 3 pasang…tapi abah tak marah, abah tak mengeluh walau sekali…abah bekerja sampai lewat petang demi menyara kami…memastikan keperluan kami mengcukupi...Bila tamat sekolah, along dapat masuk ‘U’…dan abah lah yg paling gembira…abah sanggup keluarkan diut KWSP utk belikan along computer. Abah juga beli handset utk abah sbb sejak dari dulu lagi abah teringin nak guna handset…tapi seminggu kemudian abah kata along lebih memerlukan handset sbb berada di perantauan….along tau, abah risaukan along…Along tau, sejak dulu lagi abah nak juga merasa guna Handset, tapi tak mampu…dan bila utk along, abah sanggup belikan apa saja….terima kasih abah…Abah, maafkan along abah….along tak pandai mencoretkan kata utk abah…tapi along nak abah tahu, along amat sayangkan abah…dan along bersyukur punyai bapa seperti abah…semoga roh abah di cucuri rahmat….Amin..


P/S : kat atas tu gambar adik alongyg bongsu, Wan Nurshafiqah 4 tahun dan Wan Mohammad Irfan Nabil, 2 tahun..


Maafkan Along Abah...(part2)

ABAH, maafkan Along tak dapat berada disisimu di saat2 akhir dalam hidupmu..."Perjalanan dgn Cab selama 2 jam amat menyeksakan... bila hampir sampai di rumah ku, dadaku semakin tak dapat lg menahan air mata ini...dari kejauhan aku nampak halaman rumahku telah dipenuhi saudara mara yg menziarahi arwah abah..
Sebaik saja aku melangkah turun dari kereta.. semua mata memandang ku...kerana aku tahu... mereka semua hanya menanti kepulangan ku untuk menguruskan jenazah arwah abah. Aku laju melangkah masuk ke rumah dan melihat sekujur badan yg tak nafas lagi.... Terus ku tatap wajahnya...seumpama tersenyum dan tenang sekali wajahnya...Setelah segala urusan pengebumian selesai...aku terus berdiri di tepi pusara abah... pusara abah amat dekat dgn umah ku kerana kubur di situ hanya depan umahku...Kini telah setahun berlalu....dan telah banyak aku pelajari ttg hidup ini, sebagai anak pertama... banyak tanggungjawab yg aku pikul...Masih aku ingat..semasa hari konvokesyen... bertapa aku sedih sbb aku hanya kesorangan saja yg menghadiri majlis itu, mama tak dapat hadir kerana adik ku yg bongsu deman. satu suasana yg tak pernah aku terbayangkan...aku tgk org lain,kawan2 aku gembira bersama keluarga dan teman2 tersayang, masing2 terima ucapan tahniah dan kalungan bunga..tp aku?..aku kesorangan.. sedih sangat..tiada ucapan tahniah yg aku terima..tiada kalungan bunga yg aku terima..Saat itu aku teringat arwah abah..yg mmg amat mengharapkan aku tamatkan pengajian dan terima segulung ijazah....tp, saat manis ini...tak dapat dikongsi...balik dari majlis,aku terus ke pusara..bersama segulung ijazah..."abah, along berjaya capaikan impian abah...along amat berterima kasih pd abah..kerana tanpa abah, apsti along tak berjaya....along akan pegang segala amanah abah..."

Maafkan Along Abah...(part1)

11 Oktober 2003 bakal menjelma dan tarikh tu genaplah setahun arwah abah meninggal... Kini, segala lipatan sejarah dan kenangan lama terungkap kembali...masih ku ingat, selepas aku menamatkan pengajian di Universiti pada 2002, aku nekad ingin menyambung pelajaran ku peringkat lebih tinggi..setinggi impian dan harapan yg pernah keluarga aku harapkan dari aku... namum, pada masa itu, arwah abahku sdg sakit tenat dan arwah abah tidak setuju dgn keputusanku untuk melanjutkan pelajaran lagi. Aku selaku anak pertama dlm keluarga yg seramai 8 org beradik perlu memikul tggjawab berat semasa arwah abah sakit. Segala urusan keluarga adalah tanggungjawab aku. Namum, pada masa tu aku berkeras juga utk melanjutkan pelajaranku.. sehingga berlaku sedikit perselisihan faham antara aku dgn arwah ayah, dimana aku masih nak tetap dgn keputusan aku utk lanjutkan pelajaran dan keputusan arwah abah nak aku mencari kerja dulu...masa tu, walau segulung ijazah telah berada dlm gengaman aku, tp amat sukar utk mencari sebarang kerja...
Pada awalnya..aku membuka gerai burger sahaja, tp akibat pendapatan yg tak tetap, aku telah momohon bekerja sbg Tenaga pengajar di sebuah kolej swasta berhampiran rumahku dan Alhamdulillah..aku berjaya dapatkan kerja tersebut, itu merupakan satu berita gembira buat arwah abah, masih aku ingat bagaimana gembiranya riak wajahnya sewaktu menerima perkhabaran itu walau batinnya menanngung kesakitan yg amat sangat...dan aku sbg anak merasa cukup bangga...
Selama 3 bulan aku menjadikan hospital sbg rumahku krn menjaga arwah ayah yg tenat di hospital. Sesekali aku pulang ke rumah menjenguk adik2 ku yg seramai 7 org lagi dan masa tu adik aku yg bongsu baru berusia 2 bulan. dalam masa 3 bulan tu, aku ada menerima tawaran bekerja sbg Pensyarah di sebuah IPTA di KL, pada mulanya mmg amat berat hati aku nak meninggalkan arwah abah,mama dan adik2 ku yg sememangnya amat memerlukan aku pada masa tu....namum, arwah abah inginkan aku menerima tawaran itu dan usahlah fikirkan pasal keluarga...yg penting dapatkan pekerjaan tetap dahulu...aku akur dgn keputusan arwah abah sekali lagi...
Pada 1 Oktober, aku melaporkan diri di KL, satu tempat yg tak pernah aku jejaki dan impikan utk bekerja sejauh ini, namum dah ditakdirkan rezeki aku di sini... aku yang tiada saudara mara di KL, amat memeritkan datang sebatang kara sahaja di KL, tak tahu mana arah harus ku tuju. Akibatnya, 2 mlm aku terpaksa bermalam di kaki lima sahaja. Dgn berbekalkan duit belanja yg amat sikit, aku terpaksa beralas perut utk diriku sementara menanti gaji pertama ku....
Alhamdulillah...aku senang dgn situasi kerja di tempat baru dan mudah mendapat kwn2 baru, namum ingatan ku pada keluarga yg ditinggalkan sentiasa merisaukan aku...bagaimanakah keadaan abah,.adik2 pergi sekolah ada belanja tak?...baby yg bongsu dapat susu tak?...dan mcm2 lagi...
Pada 11 Oktober 2002, setelah 11 hari aku bekerja di KL, pada pagi tu aku menerima panggilan dari mama mengatakan aku diperlukan balik segera...perjalanan dari KL ke KG ku mengambil masa 8 jam lebih...aku mengambil keputusan menaiki FLIGHT sahaja dan terpaksa meminjam duit dari BOSS aku dulu..
9:30 pagi, aku dihantar oleh boss aku ke KLIA.....aku mmg tak sabar2 nak balik dan risaukan abah...macam2 perkara menerawang dlm benak aku pada masa tu...hatiku sentiasa berdoa agar abah dipanjangkan umur....
9:57 pagi, aku menerima panggilan talifon dari mama....
"Along, abah dah tiada...."Innalillah.....tiada kata yg dapat ku ucapkan pada masa tu....hanya air mata sahaja yg mencurah2... tanpa segan aku tersedu2...menahan kesediahn yg amat sangat...aku kehilangan org yg paling aku sayang...aku tahu..mmg takdir yg menentukan.... dan aku redha...
Bila sampai di KLIA, aku amat lemah rasa utk melangkah, hanya BOSS aku saja yg menguruskan segalanya. Namum pada hari tu, penerbangan ke destinasi yg aku inginkan hanya ada pada jam 5 petang sahaja...dan aku terpaksa bersabar beberapa jam lagi utk pulang walau hati memberontak utk balik segera. Perjalanan selama 45 minit amat lama kurasakan, bila sampai di Airport, aku terpaksa naik CAB pula ke rumahku yg selama 2 jam dari air port. Seksanya aku rasakan...."ABAH, maafkan aku tak dapat berada disisimu di saat2 akhir dalam hidupmu..."

Bersambung...."

Salam Perkenalan...


Alhamdulillah...

setelah sekian lama berhajat nak membuat blog sendiri..atas permintaan kawan2, along amik masa juga utk merealisasikan permintaan sahabat2...

Dengan adanya blog ini, harapan along moga, kita dapat berkongsi cerita dan pengalaman along bersama kawan2....

Semoga sokongan dari teman2 dapat terus membantu along memberikan yang terbaik...

Salam ukhwah....

along_hisyam
UNITEN