Friday, July 01, 2005

Hukum Berpuasa...

Sehari dua ni, along terlalu bz utk menjenguk PC nih, maklumlah, student2 UNITEN baru masuk dan skrg bz dgn minggu ORIENTASI mereka...yg berakhir malam esok...

semalam ada seorang student pengsan semasa menjalankan aktiviti dan bila di selidiki, dia rupanya berpuasa tanpa bersahur apa2.....mmg tak salah, but jk tak mampu, tak payah lakukannya....dan pastikan waktu yg sesuai nak puasa ganti pun.....tunggulah sampai abis orientasi ke...


UMAT Islam dilarang berpuasa sunat pada Jumaat jika tidak disertai dengan puasa sehari sebelumnya iaitu Khamis atau sehari selepasnya, iaitu Sabtu.Hal ini diterangkan dalam hadis daripada Abu Hurairah, katanya: “Aku mendengar Rasulullah bersabda: "Sebenarnya Jumaat adalah hari raya (mingguan), maka janganlah kamu jadikan hari raya kamu itu hari puasa kamu, kecuali kalau kamu berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya." (Hadis riwayat Imam Ahmad)Larangan itu adalah larangan makruh. Dalam hadis ini diterangkan dengan jelas sebab larangan itu. Jumaat adalah hari raya mingguan dan lazimnya tidak dituntut berpuasa pada hari yang dimuliakan sebagai hari raya.Makruh juga hukumnya berpuasa (puasa sunat) pada Sabtu jika tidak disertakan dengan berpuasa pada Ahad.Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan lainnya, maksudnya: "Janganlah kamu berpuasa pada Sabtu, kecuali puasa yang diwajibkan atas kamu..." (Iaitu kecuali puasa qada dan nazar. (Demikian juga halnya puasa sunat yang biasa dilakukan dan secara kebetulan jatuhnya pada Sabtu, maka ia juga dikecualikan.)Apa pula hukum isteri mengerjakan puasa sunat dengan ketiadaan izin suami? Hal ini diterangkan dalam hadis berikut:


Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda: "Tidak halal bagi seseorang perempuan mengerjakan puasa sunat sedangkan suaminya ada bersama melainkan dengan izinnya."(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)Hadis ini menjadi dalil bahawa haram atas isteri mengerjakan puasa sunat melainkan dengan izin suaminya, kecuali kalau suaminya tidak ada bersama. Contohnya, kerana ke luar negara, maka dia boleh mengerjakan puasa sunat dan tidak memerlukan izin suaminya.Jelasnya hak suami adalah satu perkara yang wajib dan tidak boleh dicuaikan kerana melakukan suatu yang sunat. Suami pula bertanggungjawab menyempurnakan hak isterinya dan dilarang mengerjakan puasa sunat berlebihan yang akan menyebabkan dia mencuaikan hak isterinya.

Masalah itu diterangkan dalam hadis sahih riwayat Bukhari bahawa Rasulullah mendapat tahu seorang sahabat Baginda iaitu Abdullah bin Amru mengerjakan puasa sunat setiap hari sepanjang masa dan berjaga malam menunaikan sembahyang sunat.Setelah Baginda bertanya, Abdullah mengaku, lalu Rasulullah melarangnya berbuat demikian dan menegaskan lagi, sabdanya:"Berpuasalah engkau (pada hari tertentu) dan berbukalah (pada hari lain), demikian juga kerjakanlah sembahyang sunat (pada sebahagian malam) dan tidurlah (pada sebahagian lagi), kerana sesungguhnya tubuhmu ada haknya yang wajib engkau tunaikan, matamu ada hak yang wajib engkau tunaikan, isterimu ada haknya yang wajib engkau tunaikan dan tetamumu juga ada haknya yang wajib engkau tunaikan...


" (Hadis riwayat Bukhari) – Petikan Mastika Hadis, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home