Thursday, June 30, 2005

Maafkan Along Abah...(part2)

ABAH, maafkan Along tak dapat berada disisimu di saat2 akhir dalam hidupmu..."Perjalanan dgn Cab selama 2 jam amat menyeksakan... bila hampir sampai di rumah ku, dadaku semakin tak dapat lg menahan air mata ini...dari kejauhan aku nampak halaman rumahku telah dipenuhi saudara mara yg menziarahi arwah abah..
Sebaik saja aku melangkah turun dari kereta.. semua mata memandang ku...kerana aku tahu... mereka semua hanya menanti kepulangan ku untuk menguruskan jenazah arwah abah. Aku laju melangkah masuk ke rumah dan melihat sekujur badan yg tak nafas lagi.... Terus ku tatap wajahnya...seumpama tersenyum dan tenang sekali wajahnya...Setelah segala urusan pengebumian selesai...aku terus berdiri di tepi pusara abah... pusara abah amat dekat dgn umah ku kerana kubur di situ hanya depan umahku...Kini telah setahun berlalu....dan telah banyak aku pelajari ttg hidup ini, sebagai anak pertama... banyak tanggungjawab yg aku pikul...Masih aku ingat..semasa hari konvokesyen... bertapa aku sedih sbb aku hanya kesorangan saja yg menghadiri majlis itu, mama tak dapat hadir kerana adik ku yg bongsu deman. satu suasana yg tak pernah aku terbayangkan...aku tgk org lain,kawan2 aku gembira bersama keluarga dan teman2 tersayang, masing2 terima ucapan tahniah dan kalungan bunga..tp aku?..aku kesorangan.. sedih sangat..tiada ucapan tahniah yg aku terima..tiada kalungan bunga yg aku terima..Saat itu aku teringat arwah abah..yg mmg amat mengharapkan aku tamatkan pengajian dan terima segulung ijazah....tp, saat manis ini...tak dapat dikongsi...balik dari majlis,aku terus ke pusara..bersama segulung ijazah..."abah, along berjaya capaikan impian abah...along amat berterima kasih pd abah..kerana tanpa abah, apsti along tak berjaya....along akan pegang segala amanah abah..."

0 Comments:

Post a Comment

<< Home