Thursday, June 30, 2005

Maafkan Along Abah...(part1)

11 Oktober 2003 bakal menjelma dan tarikh tu genaplah setahun arwah abah meninggal... Kini, segala lipatan sejarah dan kenangan lama terungkap kembali...masih ku ingat, selepas aku menamatkan pengajian di Universiti pada 2002, aku nekad ingin menyambung pelajaran ku peringkat lebih tinggi..setinggi impian dan harapan yg pernah keluarga aku harapkan dari aku... namum, pada masa itu, arwah abahku sdg sakit tenat dan arwah abah tidak setuju dgn keputusanku untuk melanjutkan pelajaran lagi. Aku selaku anak pertama dlm keluarga yg seramai 8 org beradik perlu memikul tggjawab berat semasa arwah abah sakit. Segala urusan keluarga adalah tanggungjawab aku. Namum, pada masa tu aku berkeras juga utk melanjutkan pelajaranku.. sehingga berlaku sedikit perselisihan faham antara aku dgn arwah ayah, dimana aku masih nak tetap dgn keputusan aku utk lanjutkan pelajaran dan keputusan arwah abah nak aku mencari kerja dulu...masa tu, walau segulung ijazah telah berada dlm gengaman aku, tp amat sukar utk mencari sebarang kerja...
Pada awalnya..aku membuka gerai burger sahaja, tp akibat pendapatan yg tak tetap, aku telah momohon bekerja sbg Tenaga pengajar di sebuah kolej swasta berhampiran rumahku dan Alhamdulillah..aku berjaya dapatkan kerja tersebut, itu merupakan satu berita gembira buat arwah abah, masih aku ingat bagaimana gembiranya riak wajahnya sewaktu menerima perkhabaran itu walau batinnya menanngung kesakitan yg amat sangat...dan aku sbg anak merasa cukup bangga...
Selama 3 bulan aku menjadikan hospital sbg rumahku krn menjaga arwah ayah yg tenat di hospital. Sesekali aku pulang ke rumah menjenguk adik2 ku yg seramai 7 org lagi dan masa tu adik aku yg bongsu baru berusia 2 bulan. dalam masa 3 bulan tu, aku ada menerima tawaran bekerja sbg Pensyarah di sebuah IPTA di KL, pada mulanya mmg amat berat hati aku nak meninggalkan arwah abah,mama dan adik2 ku yg sememangnya amat memerlukan aku pada masa tu....namum, arwah abah inginkan aku menerima tawaran itu dan usahlah fikirkan pasal keluarga...yg penting dapatkan pekerjaan tetap dahulu...aku akur dgn keputusan arwah abah sekali lagi...
Pada 1 Oktober, aku melaporkan diri di KL, satu tempat yg tak pernah aku jejaki dan impikan utk bekerja sejauh ini, namum dah ditakdirkan rezeki aku di sini... aku yang tiada saudara mara di KL, amat memeritkan datang sebatang kara sahaja di KL, tak tahu mana arah harus ku tuju. Akibatnya, 2 mlm aku terpaksa bermalam di kaki lima sahaja. Dgn berbekalkan duit belanja yg amat sikit, aku terpaksa beralas perut utk diriku sementara menanti gaji pertama ku....
Alhamdulillah...aku senang dgn situasi kerja di tempat baru dan mudah mendapat kwn2 baru, namum ingatan ku pada keluarga yg ditinggalkan sentiasa merisaukan aku...bagaimanakah keadaan abah,.adik2 pergi sekolah ada belanja tak?...baby yg bongsu dapat susu tak?...dan mcm2 lagi...
Pada 11 Oktober 2002, setelah 11 hari aku bekerja di KL, pada pagi tu aku menerima panggilan dari mama mengatakan aku diperlukan balik segera...perjalanan dari KL ke KG ku mengambil masa 8 jam lebih...aku mengambil keputusan menaiki FLIGHT sahaja dan terpaksa meminjam duit dari BOSS aku dulu..
9:30 pagi, aku dihantar oleh boss aku ke KLIA.....aku mmg tak sabar2 nak balik dan risaukan abah...macam2 perkara menerawang dlm benak aku pada masa tu...hatiku sentiasa berdoa agar abah dipanjangkan umur....
9:57 pagi, aku menerima panggilan talifon dari mama....
"Along, abah dah tiada...."Innalillah.....tiada kata yg dapat ku ucapkan pada masa tu....hanya air mata sahaja yg mencurah2... tanpa segan aku tersedu2...menahan kesediahn yg amat sangat...aku kehilangan org yg paling aku sayang...aku tahu..mmg takdir yg menentukan.... dan aku redha...
Bila sampai di KLIA, aku amat lemah rasa utk melangkah, hanya BOSS aku saja yg menguruskan segalanya. Namum pada hari tu, penerbangan ke destinasi yg aku inginkan hanya ada pada jam 5 petang sahaja...dan aku terpaksa bersabar beberapa jam lagi utk pulang walau hati memberontak utk balik segera. Perjalanan selama 45 minit amat lama kurasakan, bila sampai di Airport, aku terpaksa naik CAB pula ke rumahku yg selama 2 jam dari air port. Seksanya aku rasakan...."ABAH, maafkan aku tak dapat berada disisimu di saat2 akhir dalam hidupmu..."

Bersambung...."

0 Comments:

Post a Comment

<< Home